SELAMAT DATANG

Selamat Datang Kepada Semua Pembaca-Pembaca

Tuesday, 28 June 2011

8 Disember 1941







Pada pukul 10.30 petang, persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (Malaya Command) diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara SirRobert Brooke-Popham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan Operasi Matador — penawanan Thailand Utara. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap, ini akan mencetuskan perang dengan Thailand. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar, tentera Thailand masih mungkin menentang kemaraan tentera British, dan persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal India di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: Awajisan MaruAyatosan Maru, danSakura Maru berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan China. Tentera tersebut terdiri daripada:
  • Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut IJN Sakura Maru)
  • sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)
  • Rejimen Kejuruteraan Ke-12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii)
  • Divisyen Unit Isyarat Ke-18
  • satu kompeni Rejimen Pengangkutan Ke-12
  • satu kompeni Divisyen Unit Perubatan Ke-18
  • Hospital Lapangan No. 2 daripada Divisyen Unit Perubatan Ke 18.
Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada penjajap ringanSendai, kapal pembinasa AyanamiIsonamiShikinami, dan Uranami, kapal penyapu periuk api No. 2 dan No. 3, serta pemburu kapal selam No. 9.
Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka.Perang Dunia II di Pasifik telah bermula, semasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan bagi menyerang Pearl Harbor. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik dan menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris. Briged Infantri India Ke-8 yang diketuai oleh Brigadier B.W. Key, sebahagian Divisyen Infantri British-India Ke-9, merupakan pasukan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Pasukan Meriam Gunung Ke-21 yang terdiri daripada empat laras meriam katak 3.7 inci (Mejar J.B. Soper). Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri serta membina beberapa kubu kecil. Mereka disokong oleh Pasukan Meriam Lapangan Ke-73 daripada Rejimen Lapangan Ke-5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi Penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Pendaratan Jepun di Kota Bharu

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh ramai askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu

No comments:

Post a Comment

e
t
i
K
h
a
r
a
j
e
S
i
u
h
a
t
e
g
n
e
M
i
r
a
M