SELAMAT DATANG

Selamat Datang Kepada Semua Pembaca-Pembaca

Tuesday 28 June 2011

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Saksikan video yang menggambarkan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu..

8 Disember 1941







Pada pukul 10.30 petang, persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (Malaya Command) diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara SirRobert Brooke-Popham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan Operasi Matador — penawanan Thailand Utara. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap, ini akan mencetuskan perang dengan Thailand. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar, tentera Thailand masih mungkin menentang kemaraan tentera British, dan persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal India di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: Awajisan MaruAyatosan Maru, danSakura Maru berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan China. Tentera tersebut terdiri daripada:
  • Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut IJN Sakura Maru)
  • sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)
  • Rejimen Kejuruteraan Ke-12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii)
  • Divisyen Unit Isyarat Ke-18
  • satu kompeni Rejimen Pengangkutan Ke-12
  • satu kompeni Divisyen Unit Perubatan Ke-18
  • Hospital Lapangan No. 2 daripada Divisyen Unit Perubatan Ke 18.
Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada penjajap ringanSendai, kapal pembinasa AyanamiIsonamiShikinami, dan Uranami, kapal penyapu periuk api No. 2 dan No. 3, serta pemburu kapal selam No. 9.
Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka.Perang Dunia II di Pasifik telah bermula, semasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan bagi menyerang Pearl Harbor. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik dan menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris. Briged Infantri India Ke-8 yang diketuai oleh Brigadier B.W. Key, sebahagian Divisyen Infantri British-India Ke-9, merupakan pasukan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Pasukan Meriam Gunung Ke-21 yang terdiri daripada empat laras meriam katak 3.7 inci (Mejar J.B. Soper). Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri serta membina beberapa kubu kecil. Mereka disokong oleh Pasukan Meriam Lapangan Ke-73 daripada Rejimen Lapangan Ke-5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi Penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Pendaratan Jepun di Kota Bharu

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh ramai askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu

Monday 27 June 2011

7 Disember 1941


Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Tanah Melayu, Tentera Ke-25 di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada Pelabuhan Samah di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan yang membawa lebih banyak tentera bergabung dengan konvoi dari Saigon, Indochina Perancis. Pada kedua-dua hari 6 dan 7 Disember, pesawat Lockheed Hudson yang diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF, Kota Bharu, dan Skuadron No.8 RAAF, Kuantan, menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.
Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuadron No. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak-anak kapalnya menjadi korban Pihak Berikat pertama dalam peperangan menentangi Empayar Jepun. Pada pukul 10.00 malam., konvoi penjajahan Jepun berpecah ke arah kedudukan pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Peperangan di Pasifik hampir bermula.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu

6 Disember 1941


Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat, yang membawa perutusan penting, masuk ke persidangan di Manila, Filipinaantara Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, pemerintahTentera Laut British, Timur Jauh.
Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.
Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat diBalikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu

Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu

 Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942.




Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu

Thursday 23 June 2011

(contoh fosil)






(contoh kulit siput)

Kaedah arkeologi


Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk angkasa lepas, maritim, dan cari gali.
Ahli arkeologi mendapatkan maklumat melalui proses cari gali.Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon,
Hasil daripada kaedah arkeologi ini , ahli arkeologi dapat membuat tafsiaran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaedah_arkeologi

Sistem penulisan



Kaedah-kaedah penulisan secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:
  • tulisan logo
  • suku kata
  • abjad
  • ciri
Lagi satu kategori, ideografi (simbol untuk gagasan), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Yang keenam, iaitu piktografi tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.
Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal, seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan) dan hipergrafi (penulisan super).

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaedah_bertulis

Kaedah lisan


Melalui cara ini , sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual dengan sesorang tokoh. Selain itu, ucapan yang diucapkan oleh seseorang tokoh seperti Perdana Menteri atau tokoh budaya juga boleh dijadikan sebagai maklumat sejarah.
Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda, dan puisi. Sejarahwan yang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, menafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu.
Proses ini dilakukan oleh ahli sejarawan kerana melalui kaedah lisan ini terdapat kelemahan apabila wujudnya tokok tambah yang dicampurkan dengan unsur dongeng, mitos dan sebagainya.


sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaedah_lisan

Kaedah-Kaedah Pengkajian Sejarah

  • Kaedah Lisan
  • Kaedah Bertulis
  • Kaedah Arkeologi
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah

Konsep Sejarah


Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.


sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah