Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat, yang membawa perutusan penting, masuk ke persidangan di Manila, Filipinaantara Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, pemerintahTentera Laut British, Timur Jauh.
Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.
Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat diBalikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayu
No comments:
Post a Comment